Sugar Bomb Perfume

Kongsi Cerita: “Testicular Cancer Survivor” – Hairi

Kongsi Cerita: “Testicular Cancer Survivor” – Hairi

Apabila disahkan diagnosis kanser macam-macam yang menerjah dalam fikiran, perasaan sedih dan rasa seperti berada di ambang kematian. Bagi insan yang sihat tidak dapat menyelami apa pesakit kanser rasa dan lalui, namun ia bukan penamat hayat, jika mereka kuat semangat berjuang melawan penyakit dengan rawatan pakar berkaitan.

Ini yang dilalui oleh seorang jurutera eletrik di sebuah syarikat swasta, Hairi, 26, atau dikenali sebagai Kery yang menghidapi kanser buah zakar atau dikenali sebagai kanser testis tahun lalu sehingga mengubah gaya hidupnya dan optimis untuk kembali pulih.

Mengimbas kembali pengalaman itu, beliau menyedari masalah ketulan di bahagian testis dan dinasihatkan untuk merujuk doktor pakar dengan segera.

 

 

Ketika bertemu Pakar Urologi Hospital Kuala Lumpur, mengesahkan Kery menghidap kanser testis dan membuang tumor itu melalui pembedahan.

 

“Walaupun saya menyedari masalah ketulan itu, saya masih bertangguh berjumpa doktor selama sebulan dengan harapan ia hanya jangkitan yang akan sembuh dengan pengambilan ubat.”

 

“Secara jujur, saya tidak bersedia untuk berdepan dengan masalah yang saya hadapi pada masa itu,” katanya.

 

Kanser bukan penamat hayat Kemudian, selepas pulih daripada pembedahan, Kery dijadualkan untuk menghadiri rawatan susulan dengan doktor pakar setiap enam bulan dalam dua tahun pertama dan setiap tahun bagi tiga tahun berikutnya.

 

“Kanser bukan penamat segala-galanya. Itulah yang dikatakan ramai orang. Adalah amat mudah berkata begitu, tetapi jika mereka berada di tempat saya, mereka tidak dapat mengungkap ayat yang sama.”

 

“Saya hanya memikirkan untuk membiarkan kanser itu merebak sehingga menyebabkan kematian saya.”

 

Pada mulanya, beliau tidak menganggap rawatan kemoterapi itu menakutkan kerana pada ketika itu beliau belum sedar akan kesan sampingan sehinggalah beliau melalui kitaran pertama rawatan itu.

Kery berkata, siapa sangka rasa loya itu akan menjadi teruk dan berterusan, selain mengalami keguguran rambut pada minggu kedua rawatan dan deria menjadi amat sensitif.

 

“Saya juga mengalami masalah kekejangan di kaki tetapi sekarang sudah beransur pulih,” katanya.

 

“Amat sukar untuk saya menerima hakikat menghidap kanser pada usia yang muda, tetapi tiada orang yang boleh jangka bila kanser akan terjadi,” katanya.

 

Walaupun golongan lelaki lebih cenderung untuk menyimpan perasaan kerana tidak selesa untuk berkongsi apa yang kami dilalui, tetapi selepas menghidap kanser Kery menjadi lebih terbuka untuk berkongsi.

Buat saringan awal. Justeru, dengan pengalaman penyakit dan rawatan yang dilalui, Kery menyaran orang ramai untuk menjalani saringan kesihatan setiap tahun.

Katanya, lebih baik mencegah melalui pengesanan awal daripada mengetahuinya di peringkat lewat.

 

“Selama 12 minggu menjalani rawatan ini saya rasa tidak terlalu lama jika dibandingkan dengan dengan seumur hidup saya.”

 

“Oleh itu,walaupun amat sukar, saya tekad untuk melaluinya,” katanya.

 

easy to donate !

We support Pinktober and cancer awareness. Every donation helps a life.

To make a donation to Pinktober. You can do it easy using Go Get Funding.