Sugar Bomb Perfume

Fakta Atau Auta?

Fakta Atau Auta?

Perfume? Wangi? Itu antara fakta selalu kita dengar tentang perfume. Perfume ni dapat membantu pemakai menjadi lebih yakin diri? Ya, Sudah Tentu!

Tapi… dalam dunia internet, lambakan mitos terlalu banyak bercampur baur. Sampai fakta dan auta tak dapat nak dibezakan. Kadang-kadang kita dengar yang tak munasabah pun rasa macam haah betul kan?

Dalam perkongsian kali pertama ni, Kami akan bantu anda sekalian kenal pasti yang mana fakta kebenaran dan yang mana auta pendusta.

SATU WANGIAN BOLEH MENGHASILKAN BAU YANG SAMA ATAS DUA INDIVIDU YANG BERBEZA

Haruman atau bau pada seseorang boleh sama sekali berbeza dengan orang lain. Dari sudut saintifik, kita semua mempunyai jenis kulit yang berbeza dan kuantiti minyak di kulit kita dapat membuat wangian bertindak balas secara berbeza.
Jadi, bila lepak-lepak dengan kawan fikir masak-masak sebelum berniat nak spray PERFUME kawan dekat diri kita. Silap hari bulan, wangi tak dapat masam yang lekat.
Sebab tu kadang-kadang, kita suka haruman perfume kawan kita. Tapi time kita pakai alahai lain macam pula bau dia.

GOSOKKAN PERFUME PADA KULIT SUPAYA HARUMAN AKAN TAHAN LEBIH LAMA

Ramai percaya minyak yang yang sudah disemburkan, perlu digosokkan pada kulit. Seperti contoh, sembur diperlengan tangan & gosokkan dengan kedua-dua pergelangan tangan kemudian gosok ke kawasan lain seperti baju.
Memakai PERFUME dengan cara ini sebenarnya dapat merendahkan top notes dalam aroma dan memecah molekul PERFUME sekaligus menjadikan aroma semakin pudar. Cukup sekadar dab kan saja dan tunggu sampai kering

SEMBURKAN PERFUME KE UDARA DAN LINTAS BAWAH SEMBURAN

Dan juga satu bentuk pembaziran. Yang terbaik adalah, PERFUME hendaklah disemburkan terus ke kulit. Ini disebabkan, tindak balas atas secara optimal dengan suhu badan pemakai.

PERFUME SEMUA SAMA?

Ramai pengguna tidak ambil tahu jenis-jenis yang ada dalam pasaran. Terdapat 3 jenis perfume. Tahap setiap perfume berbeza bergantung kepada tahap pati perfume. Parfum, Eau De Parfum (EDP) dan Eau De Toilette (EDT).

Tips! Sekiranya mahukan haruman sepanjang hari, dapatkan Parfum tetapi jika mahukan sesuatu yang lebih ringan untuk malam yang santai, maka EDP atau EDT akan menjadi pilihan terbaik anda.