Sugar Bomb Perfume

Raja Muda Selangor Cemar Duli Rasmi Kilang SugarBomb

Raja Muda Selangor Cemar Duli Rasmi Kilang SugarBomb

Meru, Klang – Bersempena dengan pembukaan kilang baharu SugarBomb di Meru, Klang, SugarBomb dengan berbesar hati telah menjemput Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk mencemar duli sekaligus merasmikan kilang tersebut.

Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku Raja Muda Selangor merupakan Pengerusi Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS). Semenjak 2020, SugarBomb merupakan ‘Official Fragrance Partner’ kepada Pasukan Bola Sepak Selangor. Pada tahun pertama kolaborasi ini SugarBomb telah mengeluarkan produk kolaborasi
bersama iaitu 3 wangian air freshener (Edisi SFC) berinsipirasikan dari jersi-jersi Selangor FC pada tahun 2020.

Sempena meraikan musim 2022, Sugarbomb telah mengeluarkan produk kolaborasi yang terbaru iaitu 3 wangian poket EDP (pocket perfume) berinspirasi konsep yang sama iaitu jersi-jersi Selangor FC untuk tahun 2022. Ikatan kerjasama ini juga bakal memperlihatkan penggunaan logo SugarbombM di belakang jersi SFC, website rasmi SFC, beberapa aset digital SFC dan juga promosi pada setiap hari perlawanan yang melibatkan Pasukan Selangor FC.

Perancangan untuk terus bekerjasama di dalam pelbagai aspek pemasaran adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan bersama antara pihak SFC dan juga SugarBomb. SugarBomb juga berharap kerjasama ini akan membolehkan mereka menjadi penaja utama untuk pasukan Bola Sepak Selangor pada masa hadapan.

Menurut Pengasas dan juga Ketua Pegawai Ekseku8f Sugarbomb, Ahmad Azhari berkata, “Kami di Sugarbomb sangat-sangat gembira dapat terus menjadi sebahagian daripada keluarga Gergasi Merah untuk tahun ke8ga berturut-turut. Saya berharap hubungan yang terjalin ini dapat terus dikekalkan demi kemajuan pihak Sugarbomb dan Selangor FC,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Ketua Pegawai Ekseku8f Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon turut berkongsi rasa gembira beliau di atas kerjasama ini. “Kami di Selangor FC sentiasa gembira dapat menjalinkan kerjasama dengan syarikat tempatan seperti Sugarbomb. Keyakinan SugarBomb untuk meneruskan penajaan membuk8kan bahawa penajaan kelab bolasepak tempatan dapat membantu
meningkatkan penjenamaan penaja sekaligus nilai jualan syarikat”, jelas beliau.

Untuk makluman, program lawatan khas ini buat julung kalinya dihadiri oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah pada 17 Februari 2022 yang telah hadir mencemar duli bagi merasmikan kilang SugarBomb yang baru bertapak selama 5 bulan di Meru, Klang. Beliau juga turut hadir ke headquarters SugarBomb yang bertempat di Klang dan menandatangani jersi dan juga penyerahan ‘mock cheque’ sebanyak RM1.5 Juta.