Sugar Bomb Perfume

TIPS ELAK MASALAH INSOMNIA

TIPS ELAK MASALAH INSOMNIA

Ada sesiapa kat sini ada masalah tidur malam especially time mco ni? Esoknya mesti bangun badan rasa letih and lemau je kan? Korang tahu tak masalah tidur ni akan menyebabkan gangguan terhadap kesihatan mental seperti kegelisahan, kemurungan dan banyak lagi.

 

Meh sini Kak Sya nak share tips elak masalah insomnia

 

1. Elak berfikir sebelum tidur

Kak Sya faham bila work from home ni kita keep akan berfikir sepanjang masa. Macam-macam benda akan terlintas di fikiran kan. Tapi sebelum tidur korang cuba elakkan untuk berfikir okay! Make sure otak korang betul betul free dan rehat sebelum baring.

 

2. Elak main phone sebelum tidur

Kita selalu scroll Instagram, twitter or any social media before tidur kan? Kalau boleh kita avoid dari phone sebab takut terlajak pula waktu tidur kita. Lampu biru daripada phone korang tu pun boleh kacau sistem biologi badan untuk halang korang tidu jugak tau. So, sebelum korang nak tidur tu letak phone jauh jauh okay!

 

3. Elak tidur petang

Mesti ada yang suka tidur petang kan? Kalau korang rasa mengantuk di waktu siang, korang cuba lakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk menghilangkan rasa mengantuk. Cuba sedaya upaya untuk kita elakkan tidur petang so malam kita boleh tidur awal! Kalau korang nak jugak tidur waktu siang, tidur lah sebelum masuk waktu Zohor, rehat pun dapat, sunnah Rasulullah saw pun diamalkan.

 

4. Banyak bersenam

Banyak bersenam bukan akan meningkatkan kecerdasan je! Malah boleh buat korang senang untuk tidur pada malam hari kerana badan korang sudah penat dan memerlukan rehat untuk memulihkan semula badan korang. Confirm malam nanti korang akan tidur dengan nyenyak.

 

5. Pakai perfume atau pasang wangian bilik

Siapa je tak suka wangi wangi kan?  Mood pun happy and tenang je bila bilik kita dipenuhi dengan wangian yang menyegarkan. Baru la nak chill dan best nak tidur. Tenang je rasa. Lagi lagi kalau chuols pakai scent vanilla and lavender memang sesuai sangat! 

 

Korang tahu tak aroma Vanilla terkenal dengan aroma yang memberikan ketenangan serta membantu untuk melegakan masalah tekanan perasaan. Bau vanilla ini memang sesuai dijadikan aromaterapi dan membantu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak kerana bauan vanilla yang bersifat menyenangkan.(1)

Manakala aroma Lavender pula memang terkenal dengan aroma yang membantu untuk membuatkan tidur lebih nyenyak. Aroma ini akan menghasilkan molekul molekul yang dapat membuatkan badan lebih relax dan tenang. (2)

 

Jom Kak Sya suggestkan Top 5 perfume &  Air Freshener dari SugarBomb yang sesuai untuk korang yang ada masalah tidur tu!

Rujukan:
1. Stephen Warrenburg, Effects of Fragrance on Emotions: Moods and Physiology, Chemical Senses, Volume 30, Issue suppl_1, January 2005, Pages i248–i249, https://doi.org/10.1093/chemse/bjh208 

2. Kate Louise Fismer, Karen Pilkington, Lavender and sleep: A systematic review of the evidence, European Journal of Integrative Medicine, Volume 4, Issue 4, 2012, Pages e436-e447, ISSN 1876-3820, https://doi.org/10.1016/j.eujim.2012.08.001.